“Ada Ijazah, Kenapa Nak Mohon Jawatan Gred 29?” Ini Contoh Jawapan Power Yang Anda Boleh Guna
‘Awak ada Ijazah, kenapa nak mohon jawatan gred 29?”. Banyak juga soalan ini ditanyakan kepada calon temuduha yang telah mempunyai kelulusan Ijazah tetapi memohon jawatan gred 29 atau kelulusan STPM/Diploma.
Jangan tersilap sangka, bukanlah penemuduga nak halang anda memohon jawatan gred yang sedikit rendah,namun sebenarnya mereka nak uji cara calon menjawab soalan.
Kalau naka jawab, ada caranya, jangan berikan jawapan terlalu pendek atau ringkas. Tunjukkan kepada penemuduga bahawa anda tahu mengenai dasar one-step-lower dan berikanlah jawapan yang jelas kenapa anda ingin memohon jawatan dengan gred yang lebih rendah berbanding pangkat 41 dan ke atas.
Jom kita ikuti perkongsian di bawah ini, ini adalah tips untuk menjawab soalan dan beberapa contoh jawapan yang akan dikongsikan kepada anda untuk kegunaan semasa hari temuduga.
Tips Menjawab Soalan
- Ucaplah terima kasih ketika soalan itu diberi
- Kongsikan mengenai dasar “one step lower’ yang telah ditetapkan oleh Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebagai bukti anda mengambil tahu dan banyak membaca mengenai dasar-dasar kerajaan.
- Kongsikan bawah anda sanggup untuk bekerja dari bawah.
- Kongsikan gred yang lebih rendah akan memberikan kemahiran yang sangat berguna untuk kegunaan sekiranya saya menjadi pegawai.
Contoh Cara Menjawab Terbaik
Kalau anda ditanya soalan “Ada ijazah, kenapa nak mohon jawatan gred rendah?” ini jawapan yang anda boleh gunakan seperti dibawah:
Contoh 1
Terima kasih tuan atas soalan yang diajukan, saya memohon jawatan Diploma selaras dengan dasar one step lower yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang memberi keizinan pemegang Ijazah Sarjana Muda untuk memohon jawaan bertaraf STPM/Diploma dalam sesuatu permohonan jawatan yang dibuka dalam sistem SPA.
Makanya saya tidak kisah untuk memohon jawatan yang lebih rendah dari kelayakan saya kerana kalau saya bermula dari bawah, saya sendiri akan lebih mahir dalam bidang tugas dan cara kerja dalam perkhidmatan awam, ianya juga akan membantu saya untuk menjadi seorang pegawai dalam kumpulan profesional yang cemerlang sekiranya saya diberikan rezeki untuk memegang jawatan sebagai seorang pegawai di masa akan datang.
Contoh 2
Sekiranya saya mengisi maklumat pendidikan yang rendah dalam sistem SPA dan tidak memaklumkan saya mempunyai kelayakan lebih tinggi demi untuk pohon jawatan yang rendah, sudah tentu saya dianggap penipu dalam maklumat akademik, saya mohon jawatan selaras dengan dasar one step lower. Jadi ianya tidak menjadi masalah jika saya memohon jawatan dengan gred 29.
Saya pun tidak kisah kalau bekerja dari bawah kerana saya boleh banyak belajar dari bawah dimana ianya boleh digunakan sebagai kemahiran saya dan mengumpul pengalaman untuk menjadi seorang pegawai yang cemerlang sekiranya saya ada rezeki untuk menjadi seorang pegawai nanti.
Contoh 3
Saya sebenarnya tidak kisah untuk bekerja dibawah kelulusan yang saya miliki sebab pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah meletakkan syarat bahawa pemohon boleh sahaja memohon jawatan one step below dan bagi pendapat saya, lebih baik sekiranya saya ini bermula dari bawah dimana perkara ini boleh membantu saya untuk memahami tugas dengan lebih jelas mengenai skop kerja sebagai Pembantu Tadbir Pengkeranian dan Operasi, dimana ianya boleh memberikan pendedahan ilmu untuk mendidik anak buah dalam seliaan saya sekiranya satu hari nanti diberikan keizinan untuk saya menjawat jawatan setaraf dengan kelulusan akademik saya yang ada ni.
Bagaimana? jelas dengan cara jawapan ini? inilah caranya untuk menjawab soalan ini dengan bijak. Semoga tip menjawab soalan ini dapat membantu anda semasa menghadapi sesi temuduga ini nanti. Semoga bermanfaat untuk anda.