no comments

‘Salah Step, Kami Kecundang. Kalau Tak Buat, Siapa Lagi Nak Bantu?’ Abam Menangis Saat Urus Jenazah M4ngsa Covid.

Menggelarkan diri sebagai ‘Abam Botak’, team ini cukup terkenal dalam menyediakan khidmat van jenazah percuma di negeri Sabah terutamanya sekitar Sandakan.

Empunya nama Yunizam Yusop itu sekali lagi menerima pujian ramai apabila turut terlibat dalam pengurusan jenazah Covid-19.

Malah, beliau turut berkongsi foto-foto serta video menerusi laman Facebook sehingga ia mengundang sebak dalam kalangan netizen.

Mesra disapa Yunizam, dia mengakui usaha murni berkenaan berjaya direalisasikan apabila pihaknya bekerjasama dengan Hospital Dutchess of Kent yang terletak di Sandakan.

“Sewaktu awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lagi kamu sudah terlibat menguruskan suspek Covid-19.

“Alang-alang dah tahu bagaimana prosedur operasi standard (SOP), terus langsung ke pengurusan jenazah pesakit Covid-19.

“Pasukan saya ada lapan orang. Setiap kali kebumikan jenazah pesakit Covid-19, kami akan dipantau oleh pengawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)” ujarnya.

Menurut pemuda berusia 32 tahun itu, pengalaman menguruskan jenazah Covid-19 memiliki cabaran yang tersendiri.

Malah, dia turut menyifatkannya sebagai satu pengalaman baru yang cukup menginsafkan sehingga kadang-kala turut sama mengalirkan air mata.

“Cabaran lebih banyak berbanding jenazah biasa yang kami uruskan sebelum ini. Kena jaga keselamatan, tak boleh salah walau sedikit pun. Salah step, kami boleh kecundang.

“Awal-awal tu memang takut. Tapi lama-kelamaan dah makin ok. Kalau kami tak buat, siapa lagi nak bantu?

“Sebab waris tak boleh ikut serta. Nak iringi jenazah pun tak dapat. Ada juga ahli keluarga mangsa yang minta kami rakam video dan ambil gambar.

“Kenangan terakhir untuk mereka. Sampai saya pun menangis sebab sebak memikirkan waris yang tak dapat iringi keluarga ke kubur,” katanya.

Sehingga kini, Yunizam dan pasukannya sudah menguruskan sekitar 15 jenazah pesakit Covid-19.

Dalam pada itu, dia yang mengakui risau dengna perkembangan Covid-19 di negara ini meminta orang ramai agar terus patuh SOP dan menjaga keselamatan masing-masing.

Malah, dia turut menzahirkan penghargaan buat semua petugas barisan hadapan negara ini yang saban hari berkorban dalam menguruskan penularan wabak ini.

Kata Yunizam lagi, dia juga terbuka seandainya ada mana-mana pihak yang mahu menyalurkan sumbangan dalam usaha dia serta pasukan meneruskan khidmat percuma di Sabah.

“Sebenarnya bukan ‘Penat Lelah’ yang membebankan, menyedihkan dan menakutkan kami. Akan tetapi hari demi hari kita lihat makin ramai yang sakit akibat wabak ini! Hari demi hari makin ramai yang menangisi pemergian orang yang dikasihi. Itulah sebenarnya lebih pedih dan lebih menakutkan kami,” katanya.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close