no comments

90 Peratus Orang Islam Tidak Tahu Mengaji Quran – Rosyam Nor

90 Peratus Orang Islam Tidak Tahu Mengaji Quran - Rosyam Nor.jpg

Tiada sebab berasa malu mempelajari al-Quran kerana perasaan itu hasutan syaitan yang menjadikan manusia semakin jauh daripada kitab suci itu, kata pengarah Datuk Rosyam Nor.

Pelakon filem “KL Menjerit” berkata perasaan itu harus dibuang jauh kerana berdasarkan kaji selidiknya “sembilan daripada 10 orang Islam tidak tahu mengaji.”

“Cuba bayangkan, saya Rosyam Nor, saya artis dan orang kenal, tetapi saya tidak tahu mengaji. Itu lebih malu jika dibandingkan dengan orang lain.

“Tapi alhamdulillah saya sudah belajar mengaji lebih dari tiga tahun dan saya dapat membaca al-Quran dengan baik,” katanya.

Tidak hanya bergiat aktif dalam bidang seni, pengacara rancangan realiti “Da’i” juga terkenal dalam bidang perladangan.

Memiliki 60 hektar ladang nangka madu dan durian belanda di Lanchang, Pahang, Rosyam mahu mencipta nama dalam bidang pertanian.

“Saya bercita-cita memberi motivasi kepada golongan muda. Menceburi bidang pertanian juga mampu meraih pendapatan lumayan.

“Saya berjaya dalam bidang lakonan, saya juga mahu menjadi ikon dalam pertanian satu hari nanti,” katanya kepada akhbar itu.

Sempena sambutan tahun baru hari ini, Rosyam, 48, berkata dirinya tidak meletakkan sebarang azam kerana tidak pasti apa yang bakal berlaku.

Katanya, peluang sedia ada dimanfaatkan sebaik mungkin namun tidak menolak rezeki yang menyapa kemudian.

“Jujurnya, saya tidak pernah meletakkan sebarang azam. Saya seorang yang mudah dan ringkas, saya hanya buat apa saja yang ada di depan mata.

“Kadang-kadang, apabila kita berazam, kita sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang.

“Sebab itu, apa yang ada di depan mata, rezeki yang ada saya akan terus mempertahankannya,” beliau dilaporkan berkata.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close