9 Bulan Hilang Tanpa Jejak, Akhirnya Rangka Ditemukan. Allahuakbar…
Misteri kehilangannya selama sembilan bulan tanpa khabar bɛrita dan jejak akhirnya menemui jawapan.
Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain (24tahun) yang diwar-warkan hilang sejak 29 Oktober tahun lalu, ketika dalam perjalanan dari rumahnya telah ditemukan bersama kereta Nissan Grand Livina dipandunya dalam sungai berhampiran Jambatan Sungai Api Api, Jalan Pekan-Nenasi-Rompin, hari ini.
Ketua P0lis Daerah, Supɛrintenden Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, pihẫknya menɛrima pẫnggilan daripada seorang pekerja am ladang yang ternampak bumbung kereta dalam sungai itu sekitar pukul 11.39 pagi.
Katanya, hasil aduan tersebut, sepasṳkan p0lis dari Ibu pejabat Polḭs Daerah (IPD) Pekan dan b0mba Balaḭ B0mba dan Penyelẫmat (BBDP) Nenasi dan Pekan ke lokasi kejadian untuk siasatan dan opɛrasi menyɛlamat.
“Menurut pengadu, dia ternampak satu objek seperti bumbung kereta berada dalam sungai ketika hendak membuang sebatang besi yang ditemukan di atas jalan ke dalam sungai lalu bertindak menghubungi Bẫlai P0lis Nenasi.
“Setakat sḭasatan dibuat mendapati tiada unsur jɛnayah berlaku di tempat kejadian. Usaha untuk mengeluarkan kenderaan tersebut dilakukan dengan menggunakan jengkaut dan lori penunda,” katanya satu dalam kenyataan.
Kenderaan tersebut dapat dikeluarkan dari sungai pada sekitar pukul 4.40 petang dan dibawa ke tepi jalan utama.
“Pemɛriksaan lanjut terhadap kenderaan tersebut, telah menemukan satu rangka mẫyat yang diselaputi lumpur sungai, selain itu dijumpai pas pekerja syarikat Oil & Gas Safety Passport (OGSP) atas nama Iman Aqmar dan kad CIDB atas nama Muhammad Iman Aqmar.
“Pemẫriksaan lanjut terhadap kenderaan terbabit yang diselaputi lumpur pula mendapati ia merupakan kereta jenis Grand Livina yang mengalami ker0sakan di bahagian hadapan, kiri dan kanan,” katanya.
Katanya lagi, mẫyat mẫngsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan bagi tujuan bedẫh sḭasat dan kenderaan dibawa ke IPD Pekan bagi tujuan sḭasatan lanjut.
Ekoran penemuan itu, polis telah bertindak menghubungi keluarganya dan telah diminta untuk hadir ke IPD Pekan bagi tujuan pengecaman ke atas kenderaan, pakaian serta dokumen yang dijumpai bersama mẫngsa.
“Bedẫh siasẫt akan dilakukan oleh Patalogi HTAA dan spesimen si mẫti akan dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan pengesahan identiti si mẫti.
Sementara itu, ibu arwah Muhammad Iman Aqmar mengucapkan tanda syukur atas penemuan anaknya itu.
“Saya bersyukur sangat, akhirnya Allah SWT makbulkan doa saya selama sembilan bulan untuk bertemu anak saya dalam keadaan apa pun dirinya,” kata ibu kepada arwah, Azmawati Ab Kadir.
Katanya, dia sudah bertolak ke Hospital Pekan, Pahang selepas menerima panggilan daripada p0lis berhubung penemuan kenderaan milik anaknya, Grand Livina bernombor pendaftaran WWF 3187 pada tengah hari tadi.
“Pada mulanya, ada seorang awam menghubungi saya sebab ingat berita tular di Facɛbook berhubung kehilangan anak sulung saya. Dia maklumkan nampak kereta arwah dalam sungai. Tidak lama kemudian, saya dapat panggilan daripada polḭs memaklumkan perkara sama kira-kira jam 1 tengah hari.
“Saya yakin memang itu adalah anak saya, kerana jenis kereta dan nombor pendaftaran sama dengan kereta anak saya.
“Kebetulan salah seorang angg0ta b0mba itu kawan anak, memaklumkan maklumat peribadi termasuk beg kerja, baju kerja dan kad kerja atas nama anak saya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut ibu arwah, penantiannya bersama keluarga selama sembilan bulan sudah berakhir.
Katanya, dia reda, lega dan bersyukur jasad anak yang hilang sejak Oktober tahun lalu dapat ditemui.
“Saya berdoa setiap malam, supaya Allah SWT temukan kami dalam apa jua keadaan anak. Sebagai orang Islam saya tahu, anak saya milik Allah SWT.
“Walau apa bentuk sekalipun tidak mengapa, Alhamdulillah Allah SWT makbulkan doa saya,” katanya yang memaklumkan anaknya sudah lebih sebulan bekerja di Terengganu ditemui selepas kenderaannya kelihatan apabila Sungai Api-api di Nenasi, Pekan, Pahang sedikit surut.
Bercerita lanjut, katanya tepi sungai terbabit sememangnya jalan yang dilalui anaknya setiap kali pulang dari tempat kerja di Terengganu.
Jelasnya, sejak malam 29 Oktober tahun lalu, anaknya hilang dan tidak dapat dihubungi, dia sekeluarga mencari dan melalui jalan itu.
“Dalam tempoh sebulan selepas kehilangan anak saya, saya sekeluarga ada mencarinya di laluan ini beberapa kali tetapi tidak menemui sebarang petunjuk.
“Banyak kali lalu jalan ini, kerana ini adalah jalan anak untuk pulang dari tempat kerja,” katanya yang mempunyai dua anak.
Kisah kehḭlangan Muhammad Iman Aqmar menjadi tular di mɛdia sosḭal tahun lalu, apabila adiknya memohon orang ramai mengesan abangnya selepas gagal dikesan.
Muhammad Iman Aqmar bergerak dari Pasir Gudang jam 1.30 pagi pada 29 Oktober ke Terengganu dengan memandu kereta miliknya.
Salam tẫkziah diucapkan buat keluarga arwah. Sama-sama kita kirimkan Al-fatihah buat arwah, semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan solɛh.