(7 Jahanam) “Tak Nampak Menyesal Langsung! Mintak Maaf Pun Tak!”
Selepas tertangkap, mereka langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi penyesalan.
Memetik sumber dari NST, suspek-suspek yang berusia di antara 11-18 tahun itu hanya menunjukkan ‘muka keras‘ ketika disoal siasat berhubung tindakan jenayah kejam yang membawa kepada kematian 23 nyawa dalam kebakaran tragis pusat Tahfiz.
“Mereka kelihatan seperti tidak menyesal, bahkan remaja-remaja itu langsung tak minta maaf kerana perbuatan kejamnya itu.
“Sepanjang masa ketika disoal siasat, mereka hanya tunduk ke bawah. Mungkin mereka sedar bahawa memang mereka bersalah.”
“Tiada tangsisan atau apa-apa yang menunjukkan mereka rasa menyesal termasuk suspek yang paling muda sekali (11 tahun).”
Punca pembunuhan terancang itu dilakukan HANYA kerana ketidakpuasan hati selepas pelajar-pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dikatakan mengejek mereka. Selain kerana berebut bermain gelanggang futsal di kawasan taman Kampung Datuk keramat.
Sementara itu, penduduk setempat akui tidak mengenali ketujuh-tujuh suspek. Suspek dipercayai pendatang dari kampung lain dan suka membuat kacau, bising sehingga jam 4 pagi.
Seorang pengawal keselamatan di Taman Tasik Datuk Keramat, mengakui pernah menegur salah suspek.
“Remaja dan rakan-rakannya itu sering hadir ke sini, lepak-lepak.
“Saya ada menghampiri kepada remaja itu kerana melihatnya merokok. Saya tegur dia…tapi dia melawan.”
Katanya, suspek bagaimanapun memarahi dia semula kerana teguran itu dengan menuduhnya menyibuk dan sebagainya.
Suspek-suspek tersebut kini disiasat atas kesalahan membunuh dan khianat menggunakan api.
Perbuatan khianat itu berjaya dibongkarkan oleh CCTV di pejabat PPIM bersebelahan Pusat Tahfiz berkenaan.