no comments

5 Perkara Perlu Dilakukan Pelajar Universiti Untuk Tambah Duit

5 Perkara Perlu Dilakukan Pelajar Universiti Untuk Tambah Duit.jpg

Dengan keadaan kos sara hidup yang tinggi ramai pelajar yang terpaksa mengikat perut sehingga memudaratkan diri semata-mata mahu berjimat. Mungkin ada yang dapat pinjaman dan tidak tetapi perlu diingat jangan berjimat tanpa tambah duit.

Berikut adalah 5 perkara yang mungkin boleh membantu anda untuk keluar dari masalah kewangan.

1. Di Universiti Ada Gerai Makan Bukan? Kerja Di Situ

Mula-mula masuk universiti anda tidak dapat pinjaman lagi. Apa yang anda boleh lakukan adalah kerja di gerai makan sama ada di dalam atau di luar kawasan universiti. Asalkan tidak ponteng kelas dan mengabaikan pelajaran. Kerja di gerai makanan ini dapat makan percuma adalah gaji sikit-sikit.

2. Dapat Duit Pinjaman, Beli Printer

Bila sudah dapat pinjaman anda perlu beli printer. Jika tiada laptop untuk sambungkan dengan printer jangan risau cari kawan yang boleh jadi business partner. Letakkan harga yang kena dengan harga semasa. Contohnya sekeping 20, 30 sen kiralah sendiri jika ramai yang datang lebih-lebih lagi hujung semester. Pastikan anda simpan duit untuk rolling beli katrik baru atau dakwat baru.

3. Guna Duit Pinjaman Beli Makanan Ringan

Jual makanan ringan, topup, air kotak, air tin, choki-choki dan lain-lain lagi di blok asrama. Pastikan ada catatan harian dan kira apa yang anda jual. Biar ada sistem walau simple saja. Pandai-pandai gunakan duit PTPTN untuk dapatkan gandaan. Daripada simpanan hasil jualan sebegini, anda dapat kurangkan bayaran pinjaman PTPTN jika tak banyak sangat guna. Seksa tahu mahu bayar interest bertahun-tahun.

4. Puasa Sunat Isnin, Khamis

Bila anda berpuasa sunat Isnin dan Khamis, anda hanya perlu belanja 5 hari sahaja dalam seminggu.

5. Berniaga Secara Offline Atau Online

Bila duit pinjaman masuk, jangan cari kawan yang memang ada duit, nanti anda kena buat kerja seorang diri. Cari kawan yang sama susah macam anda yang jenis makan maggi seminggu enam kali. Orang susah saja faham macam mana nak cari jalan keluar dari kesusahan. Beli barang yang anda boleh jual secara online mahupun offline.

Reply