no comments

5 Kebaikan Epal Yang Ramai Tak Tahu

5 Kebaikan Epal Yang Ramai Tak Tahu.jpg

Siapa yang tidak sukakan buah epal? Rasanya yang manis, pasti ramai yang menjadikan epal sebagai buah kegemaran mereka.

Tahukah anda, selain rasanya yang sedap, sebenarnya banyak manfaat buah epal untuk kesihatan yang ramai tidak tahu.

Mencegah Kanser

Kandungan antioksidan dalam epal mengurangkan risiko diserang kanser. Menurut kajian yang dilakukan di Amerika, epal dapat mencegah sel kanser dari berkembang dalam tubuh sebanyak 17 peratus.

Mencegah Diabetes

Buah epal dapat mengurangkan risiko diabetes kerana Filopenol yang terkandung dalam buah epal dapat menyerap karbohidrat yang boleh menjaga gula darah dalam tubuh.

Menjaga Berat Badan

Epal kaya dengan serat dan kalori, yang membuatkan perut rasa cepat kenyang. Pectin yang terkandung dalam epal juga membuatkan anda tetap rasa kenyang.

Meningkatkan Kekuatan Tulang

Buah epal mengandungi kalsium, antioksidan yang dapat meningkatkan kekuatan tulang. Selain itu buah epal juga mengandungi flavon yang baik untuk mencegah osteoporosis.

Mencegah Asma

Jika anda mempunyai penyakit asma, cuba amalkan makan buah epal. Epal merupakan sumber vitamin C yang baik. Selain itu asid yang terkandung dalam epal boleh membantu pesakit asma untuk bernafas lebih lega.

Reply