no comments

3 TAHUN DI PERANTAUAN… INI YANG PATUT ANDA CONTOHI DARI PEKERJA BANGLA INI..!!!

3 TAHUN DI PERANTAUAN... INI YANG PATUT ANDA CONTOHI DARI PEKERJA BANGLA INI..!!!.jpg

3 TAHUN DI PERANTAUAN… INI YANG PATUT ANDA CONTOHI DARI PEKERJA BANGLA INI..!!!

Diceritakan oleh : Wan Daus.

Muhd Jusuf, berbangsa Bangladesh, kerja di kedai perabot di Gombak.

Tepat jam untuk berbuka puasa, mujur aku ada sekotak air untuk berbuka buat sementara sampai ke stesen UKM. Kebetulan masa itu hanya kami berdua.

Sewaktu berbuka, aku pun bertanya.

“Are you muslim?”

Dia mengangguk. Aku pun kongsilah air dengan dia sebab pada masa itu dia tak ada apa-apa nak berbuka. 

Then kami pun terus berbual-bual. Aku tanya kerja sini dah berapa lama. Katanya sudah tiga tahun. Gaji berapa di sini?

RM1,200. RM600 hantar kepada keluarga. Ibu ayah masih ada tetapi ibu sedang sakit. Ada abang dan adik-adik di sana. Jadi baki tinggal RM400 untuk hidup sebulan. 

Bila ditanya cukup ke tak, dia hanya mampu tersenyum dan katanya cukup. Cuma kalau nak kumpul untuk kahwin, tak cukup. Kerjanya 6 hari seminggu. Makan minum tanggung sendiri. 

Aku beritahu dia pekerja Bangladesh yang bekerja di kilang aku, gaji RM2,000 ke RM3,000. Dia terkejut, dia kata itu rezeki mereka. Mungkin rezeki saya di sini. 

Lepas itu aku tanya, kawan-kawan dekat tempat kerja okay tak? Dia kata okay, semua muslim dan ada yang dari Pakistan. Katanya, kalau nak hidup okay dan harmoni, tak mahu gaduh-gaduh. Kalau gaduh tak dapat apa-apa pun.

Aku pun tersenyum saja dalam hati aku. Baik sungguh lelaki Bangladesh ini. Setiap perbualannya membuatkan aku terfikir sejenak dan tersenyum.


Moral of the story:

Duit banyak mana pun, kaya macam mana pun kalau tiada keberkatan hidup tak guna juga. Kalau tiada kebahagiaan hidup tak guna juga.

Kita gaji besar, duit ada pun belum tentu sampai kat orang tua kita. Orang lain kerja susah, hidup susah cari rezeki halal, boleh je hidup, bahagian je hidup. 

Kemudian hidup ini kenalah harmoni. Kawan-kawan adalah orang kedua yang rapat dengan kita. Kalau kita ikhlas berkawan, sudah tentu kawan pun ikhlas nak berkawan dengan kita.

Dalam hidup ini jangan ada istilah ‘makan kawan’, ‘dengki dengan kawan’. Ini tak, tak boleh tengok kawan senang, ada je yang tak puas hatinya. Memang betul tiada manusia yang sempurna di dunia ini tetapi kalau dah sokmo macam palat perangai, apakah itu?

Berbuat baik dengan orang, inshaAllah orang akan berbuat baik dengan kita. 

Kepada brother Jusuf, semoga Allah SWT memberikan kerahmatan kepadamu dan sentiasa melindungimu. Ameen.

‪#‎selfmotivate‬
‪#‎salamramadhan‬

Kdt : Thehypemedia

Reply