no comments

#2kerja: Netizen Sekolahkan Ahmad Maslan Makna Kerja Dan Jawatan

#2kerja Netizen Sekolahkan Ahmad Maslan Makna Kerja Dan Jawatan.jpg

Nama Datuk Ahmad Maslan, kembali mendapat perhatian. Semuanya gara-gara tweet tentang tiga jenis kerja yang dilakukan.

Dalam tweet yang dimuat naik semalam itu, beliau menerangkan tiga pekerjaan yang dilakukannya, iaitu Ahli Parlimen Pontian, Timbalan Menteri dan Ketua Penerangan UMNO.

'Saya Sendiri Buat 3 Kerja' Ahmad Maslan.png

Ia menerima kritikan netizen yang menyifatkan pembahagian kerja seperti yang dijelaskan itu tidak menggambarkan maksud sebenar tiga kerja.

1.png

2.png

3.png

4.png

5.png

6.png

Kata mereka, kesemua yang disebut Ahmad Maslan itu adalah jawatan yang dipegang dan ia masih dalam kategori pekerjaan yang sama, iaitu ahli politik.

Tweet itu ditulis beliau sebagai menjawab isu #2kerja yang kini hangat dibahaskan masyarakat.

Beliau sebelum itu menjelaskan sokongan yang dinyatakannya terhadap isu #2kerja adalah merujuk kepada pekerjaan yang dilakukan secara atas talian, seperti berniaga.

7.png

Dalam masa yang sama, beliau juga menyarankan mereka yang mempunyai pekerjaan tetap untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan organisasi masing-masing, jika ingin melakukan kerja kedua.

'Saya Sendiri Buat 3 Kerja' Ahmad Maslan.png

Dalam pada itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda, meluahkan kebimbangan akan penurunan produktiviti kerja jika kakitangan kerajaan melakukan dua kerja.

Reply