no comments

2 PRODUK CADBURY TIADA UNSUR BABI

2 PRODUK CADBURY TIADA UNSUR BABI.jpg

Dua produk Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Cadbury Dairy Milk Hazelnut disahkan tidak mempunyai DNA babi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, keputusan itu diperolehi selepas analisa yang dilakukan Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor iaitu makmal yang diakreditasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengesan DNA babi.

“Kedua-dua produk yang dianalisa ini adalah daripada batch yang sama yang diambil terus dari kilang pengeluaran produk di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor.

“Berdasarkan keputusan analisa di Makmal Jabatan Kimia yang diterima pagi ini iaitu coklat Cadbury Dairy Milk Hazelnut batch 200813 MH1H12 dan bach 200813 MH01H12 dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan batch 221013N1R11 tidak mempunyai DNA babi,” katanya pada sidang media.

Jamil berkata, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula ke atas seluruh rantaian pengeluaran produk Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd merangkumi bahan mentah, aliran pemprosesan, penyimpanan dan peralatan bagi memastikan syarikat benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close