no comments

CEO AirAsia Pun Anggap ERL Mahal

CEO AirAsia Pun Anggap ERL Mahal.jpg

Bukan bagi pengguna biasa sahaja, tetapi bagi ketua pegawai eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes juga kadar tambang baru kereta api Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dianggap mahal.

“Tentang ERL, ia perkhidmatan yang bagus tetapi mahal. Tak faham. Mereka dapat semua penumpang AirAsia.

“Terbang lebih murah,” tulisnya di Twitter hari ini.

Korporat penerbangan tambang murah itu juga berkongsi usahanya menyediakan perkhidmatan itu sehingga menjadikan mereka tidak popular.

“Kami jadi tidak popular dengan lawan kenaikan kos dan minta pihak lain dalam (industri) penerbangan jadi lebih berkesan untuk selamatkan rakyat,” katanya lagi.

ERL pada dua Disember lalu mengumumkan tambang sehala KL Sentral-KLIA/klia2 akan naik RM20 kepada RM55 mulai 1 Januari tahun depan.

Syarikat itu bagaimanapun mempertahankan keperluan untuk menaikkan tambangnya bagi kekal mampan setelah kadar itu tidak berubah sejak 2002.

Reply