no comments

10 TANDA HATI TELAH MATI

10 TANDA HATI TELAH MATI.jpg

10 Tanda Hati Telah Mati

Ketika Ibrahim bin Ad’ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasar Basrah, beliau telah dikerumuni oleh orang ramai, ada yang bertanya: “Ya Aba Ishak! (gelaran bagi Ibrahim bin Ad’ham) mengapa kami memohon doa kepada Allah, tetapi doa kami tidak dikabulkan?” Ibrahim bin Ad’ham menjawab: “Kerana hati kamu telah mati disebabkan sepuluh perkara:

1. Mengaku kenal dan cinta Allah, tetapi tidak menunaikan hakNya.

2. Mengaku cinta Rasulullah tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca Al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Menggunakan nikmat Allah tetapi tidak mensyukuri pemberianNya.

5. Mengaku musuh syaitan tetapi mengikutinya.

6. Mengakui nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengakui ada siksa neraka tetapi tidak berusaha menjauhinya.

8. Mengakui bahawa kematian akan datang pada setiap jiwa tetapi tidak berusaha mempersiap bekalnya.

9. Sibuk membuka aib orang lain tetapi tidak pernah ingat akan aib diri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah tetapi tidak mengambil hikmah darinya.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close