10 Perkara Menarik Konsert Akhir GV2
Setelah 9 minggu bertanding akhirnya penyanyi berusia 31 tahun iaitu Siti Nordiana Alias telah dinobatkan sebagai Juara Gegar Vaganza 2 (GV2). Beliau berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu dan pakej pelancongan ke Madrid Sepanyol.
Berikut adalah 10 perkara menarik yang mungkin tidak dapat ditonton di kaca TV pada malam akhir GV2.
1. Selepas Jihan dan Nabil membuat persembahan nyanyian lagu mereka yang berjudul Laukku Cukup Masin, Nabil terkejut dan terbaring selepas bunyi mercun dinyalakan.
2. Penonton di Auditorium tetap ‘sporting’ dan sokongan mereka tetap padu walaupun tiket yang dijual agak tinggi. Ini namanya peminat fanatik yang tidak berkira soal harga.
3. Ketika iklan, Nabil puji Jihan kerana dia sangat cantik pada malam akhir dan kecantikan Jihan itu seumpama Norlia Ghani.
4. Micheal Ang kini kembali menyaksikan GV2 setelah berminggu-minggu tidak kelihatan kelibatnya di Auditorium MBSA.
5. Penonton di MBSA amat tersentuh dengan persembahan Siti Nordiana menyanyikan lagu Putus Terpaksa. Ada juga yang mengalirkan air mata kerana sebak.
6. Ketika iklan, untuk hilangkan rasa stress Jihan nyanyikan semula lagu Putus Terpaksa dan Janji Manismu dengan caranya.
7. Agihan coklat tetap diteruskan oleh Tok Ram kepada kenalan selebriti yang hadir pada malam itu. Pemurah dan baik hati Tok Ram ni.
8. Datuk Jamal Abdillah tidak layan Nabil yang mengusiknya dan membuat lawak ketika iklan.
9. Tok Ram dengan rasa ‘kekwat’ tak mahu bergambar dengan Nabil dan Jihan namun itu hanya gurauan Tok Ram yang geram dengan telatah mereka berdua.
10. Ketika sidang media, Tok Ram telah menegur sebilangan hadiran yang berada dalam bilik sidang media kerana mereka membuat bising.