10 LOGO DENGAN MAKNA TERSEMBUNYI
Setiap syarikat mempunyai logo yang mampu menarik perhatian orang ramai. Logo-logo yang dihasilkan bukan sahaja untuk mewakili syarikat tetapi ianya juga mempunyai makna tersendiri.
Berikut adalah 10 logo dengan makna tersembunyi.
1. Amazon
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa terdapat anak panah pada logo Amazon yang menghala dari huruf “A” ke “Z”. Sebenarnya kewujudan anak panah tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa terdapat semua benda yang dijual dari “A” ke “Z” ada di Amazon.
2. Apple
Logo Apple yang menunjukkan sebiji epal yang telah digigit sebenarnya diambil dari sebiji buah dari “Tree of Knowledge” mengenai kisah Adam dan Hawa dalam kitab Injil.
3. IBM
Garisan putih yang melintasi logo IBM ini menyerlahkan bentuk tanda “sama” yang membawa mesej “kesaksamaan”.
4. Mobil
Logo Mobil dicipta menggunakan warna merah dan biru. Warna merah membawa maksud “kekuatan” manakala warna biru pula menunjukkan kesetiaan dan keselamatan dalam syarikat.
5. FedEx
Jika diperhatikan dengan teliti anda akan mendapati terdapat anak panah di tengah-tengah abjad “E” dan “X” yang menghala ke kanan. Anak panah tersebut membawa maksud pentingnya dalam menuju masa hadapan.
6. Audi
Empat bulatan pada logo Audi membawa maksud 4 syarikat berlainan iaitu DKW, Horch, Wanderer dan Audi yang merupakan Kosortium Kesatuan Auto pada 1932.
7. BMW
Bentuk bulat pada logo BMW yang kelihatan seperti kipas kapal terbang yang sedang bergerak manakala warna putih mewakili udara. Ini kerana BMW merupakan pengeluar enjin kapal terbang tempur Jerman semasa perang dunia ke-2.
8. Volkswagen
Volkswagen adalah syarikat automotif Jerman. Pada logo Volkswagen terdapat dua abjad iaitu “V” dan “W” yang membawa maksud “Volks” untuk rakyat dan “Wagen” untuk kereta.
9. Toyota
Logo syarikat automotif terkenal Jepun ini mempunyai tiga bulatan elips. Setiap satu bulatan mewakili hati pelanggan, jantung produk dan jantung kemajuan teknologi serta peluang tanpa had di masa hadapan.
10. Mercedes-Benz
Logo Mercedes mempunyai bintang tiga bucu, terdapat ruang kosong di antara bucu ini mewakili air, darat dan udara. Ini bermakna Mercedes dominan ke atas ketiga-tiga elemen tersebut.