10 Khasiat Buah Delima Yang Ramai Tak Tahu
Buah Delima atau nama lainnya Pomegranates dikenali sebagai buah sihat. Tetapi ramai yang tidak menggemari buah delima kerana rasanya yang manis kosong.
Tahukah anda sebenarnya buah delima banyak khasiatnya. Berikut adalah khasiat buah delima.
1. Baik Untuk Kulit & Anti Radang
Kajian dari Case Western Reserve University mendapati, buah delima mampu memberi kelegaan daripada keadaan radang kronik dan mempunyai kesan anti-penuaan.
2. Baik Untuk Jantung
Jus delima kaya dengan polifenol. Kajian dari Johns Hopkins University School of Nursing mendapati, ia baik untuk jantung dan membantu mengurangkan tekanan darah.
3. Boleh Menurunkan Berat Badan
Penyelidik Cina mendapati bahawa polifenol dalam delima membantu mengurangkan obesiti yang disebabkan oleh diet yang tinggi lemak dan melindungi daripada gangguan metabolik.
4. Melindungi Kulit
Antioksidan yang kuat dan anti-radang, buah delima membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari, menurut kajian dari University of Wisconsin, Madison.
5. Boleh Meningkatkan Kesihatan Seksual
Jus delima juga mampu meningkatkan aliran darah. Kajian mendapati jus delima mampu meningkatkan kesihatan seksual pada mereka yang mati pucuk.
6. Melindungi Hati
Penyelidik Cina mendapati bahawa polifenol dan flavonoid, komponen antioksidan utama dari buah delima, mampu menjaga anda dari risiko terjadinya kerosakan hati.
7. Membantu Melawan Jangkitan
Delima telah diiktiraf untuk kesan antimikrob. Sebagai contoh, serbuk kering daripada kulit buah delima telah terbukti menghalang anda dari jangkitan virus.
8. Memudahkan Wanita Sewaktu Bersalin
Kajian dari University of Liverpool mendapati, ekstrak buah delima mempunyai potensi agar rahim mudah mengembang sewaktu bersalin dan tiada masalah untuk melahirkan.
9. Melindungi Dari Radang Sendi & Tulang Lebih Kuat
Saintis Amerika mendapati buah delima membantu mengurangkan artritis teruk dan keradangan sendi serta membantu menjaga tulang anda.
10. Menjaga Kesihatan Otak & Jadi Lebih Bijak
Kajian oleh Universiti Huddersfield mendapati sebatian polifenol yang ada dalam buah delima, menghalang keradangan dalam sel-sel otak, serta mencegah dari Alzheimer.