10 Domain Yang Termahal Di Dunia
Domain adalah nama bagi sesebuah website yang menunjukkan identiti dan keunikan bagi website tersebut. Berikut adalah 10 nama domain yang paling mahal di dunia internet yang pernah dibeli menurut laman web Therichiest.
1. Insure.com
Nama domain paling mahal yang direkodkan telah terjual pada harga $16 juta. Nama domain insure.com sebenarnya telah sedia wujud sejak tahun 1984 di bawah pemilikan Quotesmith Corporation. Kemudian dibeli oleh QuinStreet, yang merupakan sebuah perusahaan media online dan marketing dengan harga $16 juta pada tahun 2009. Website ini melayani semua keperluan pelanggannya dengan pelbagai jenis keperluan.
2. Sex.com
Dengan sejarah yang panjang dan pelbagai kontroversi, akhirnya pada tahun 2010 nama domain ini dijual pada Clover Holdings LTD dengan harga $11.5 juta.
3. Fund.com
Laman web ini sekarang sibuk melayani pengguna yang mencari nasihat kewangan tentang pelbagai jenis pelaburan dan dana. Sebelum itu, nama domain ini dimiliki oleh Clerk Media, namun pada tahun 2008 diumumkan bahawa nama domain ini telah dijual pada harga $9.99 juta yang diserahkan secara tunai.
4. Porn.com
Laman web yang mengandungi pelbagai kandungan untuk tontonan golongan dewasa yang mencakupi foto dan video, tidak mengejutkan ketika diumumkan pada tahun 2007, Porn.com dijual kepada MXN limited dengan harga tunai $9.5 juta.
5. Business.com
Penulis buku terlaris New York Times, Marc Ostrofsky membeli nama domain business.com pada harga $150,000 sebagai satu pelaburan. Tapi, dia tidak mengharapkan yang dia akan menjadi seorang jutawan hasil penjualan nama domain ini. Pada tahun 1999, nama domain ini dijual pada eCompanies dengan nilai yang sangat menakjubkan, $7.5 juta.
6. Diamond.com
Nama domain ini sebelumnya dimiliki oleh Odimo, yang sebelumnya pemilik laman web yang mengkhususkan wanita yang ingin mencari perhiasan. Pada tahun 2006, Odimo kemudiannya menjual nama domain ini kepada Ice.com. Selain $7.5 juta untuk pembelian harga domain, tambahan $2 juta juga dibayar oleh Ice.com untuk mendapatkan semua produk milik Odimo.
7. Beer.com
Beer.com pada mulanya dimiliki oleh Andrew Miller dan Michael Zapolin. Mereka membeli nama domain tersebut pada harga $80,000. Dengan memiliki nama domain yang “catchy”, mereka kemudiannya mula membangunkan website tersebut dengan tujuan sebagai tempat dimana orang boleh menilai pelbagai jenis bir yang mereka temui. Setahun kemudian, mereka mendapat perhatian dari Interbrew dan kemudiannya menjual nama domain ini pada harga $7 juta. Khabar angin yang beredar mengatakan bahawa mereka telah dibayar secara tunai.
8. Israel.com
Joel Noel Friedman tidak mengharap ketika dia membeli nama domain Israel.com. Alasan awalnya hanya bertujuan ingin mengambil nama domain sehingga tiada seorang pun boleh menyalahgunakan nama tersebut. Akan tetapi di tahun 1994, nama domain ini dijual ketika sambutan peringatan Israel yang ke 60 tahun. Kepada siapa nama domain ini dijual sebenarnya masih menjadi misteri hingga kini; tetapi penjualan ini termasuk dalam salah satu senarai nama domain paling mahal di dunia iaitu $ 5.88 juta.
9. Casino.com
Laman web yang menyediakan permainan casino online selama 24 jam. Tidak banyak maklumat tentang pembelian dan penjualan domain ini, tetapi dikatakan bahawa nama domain ini dijual pada Masion Limited yang beribu pejabat di Gibraltar dan penjualan dilakukan pada tahun 2003 dengan nilai $5.5 juta.
10. Toys.com
Syarikat permainan gergasi, Toys R Us telah membeli domain toys.com dengan harga $5.1 juta. Pembayaran domain termahal pada tahun 2009. Pada ketika itu, secara purata, harga domain di Amerika Syarikat adalah $2688. Pembelian ini dilakukan oleh Toys R Us dengan tujuan untuk menembusi pasaran online dan juga untuk orang-orang yang mencari alat permainan. Langkah ini akhirnya menjadikan syarikat ini dalam senarai teratas di carian Google.