no comments

VIDEO: Zul Kapan Mengamuk! Nak Terajang Wartawan Bila Ditanya Pasal ‘Bigo Live’!

Ketika keluar mahkamah dengan diiringi polis semalam, pelakon Sofi Jikan atau Zul Kapan mengamuk teruk dan mengugut menerajang wartawan yang bertanya tentang kegemarannya bermain Bigo Live.

Zul Kapan bertindak berang selepas Mahkamah Majistret Petaling Jaya mengeluarkan perintah tahanan reman ke atasnya untuk membantu siasatan satu kes jenayah berhubung penyalahgunaan dadah.

Sofi merupakan sahabat baik pelakon Datuk Farid Kamil yang baru-baru ini didakwa atas beberapa pertuduhan jenayah termasuk menampar pegawai polis, menendang orang awam dan terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Dia itu juga dituduh menganayai Farid dengan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam minumannya bersama dua lagi rakan artis.

“Tak payah nak ambil gambar sangat. Banyak gambar dekat Youtube,” katanya.

Kemudian wartawan mula bertanya;

“Bigo telah memberi kesan yang buruk kepada Sofi. Adakah Sofi ingin terus aktif di aplikasi Bigo?”

Tersentap dengan soalan itu, Sofi Jikan lantas menjawab;

“Bigo is wonderful lah. Kau jangan cakap banyak, aku terajang kau nanti mati bersepai.”

“Tangkap dia. Dia ni buat tuduhan palsu.. cakap Bigo Live bawa mudarat pula? Bigo saman kau nanti, tahu!”

“Kau tak hormat aku ke tanya soalan macam ni?

“Kau ni siapa? Ni nama mamat ni siapa? Tangkap dia!”

“Kau cakap Bigo Live bawak mudarat, eh kau ni siapa?”

“Kenapa kau cakap macam tu?”

“Mat, kau tak tahu ke aku siapa?”

Sofi Jikan aka Zul Kapan itu dilihat bermati-matian mempertahankan aplikasi kegemarannya itu apabila dipandang buruk dan merosakkan.

 

Sebelum ini, tersebar video bekas vokalis kumpulan ‘Rimba Bara’ itu bersama pelakon kontroversi, Datuk Farid Kamil sedang seronok live menerusi aplikasi Bigo Live.

Kosmo

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close