no comments

Pelakon Uqasha Senrose Ditahan Polis! Khayal… Kantoi Dadah

Seorang pelakon wanita popular, Uqasha Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen ditahan polis selepas polis menemui enam bungkusan kertas aluminium berisi 53 pil khayal, eramin 5, dalam beg tangannya hari ini.

Sumber berkata, dadah terbabit ditemui selepas pelakon jelita berusia 26 tahun itu, dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail untuk pemeriksaan lanjut.

“Sebelum pemilikan dadah itu terbongkar, pelakon berkenaan terbabit dalam kemalangan jalan raya apabila kenderaan mewah jenis Range Rover dipandunya, melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda BRV dekat Jalan Burhanuddin Helmi di sini kira-kira 11.45 pagi,

“Sepasukan anggota polis yang dikejarkan lokasi kemalangan, mendapati pelakon terbabit berada dalam keadaan mencurigakan dan khayal, menyebabkan dia dibawa ke balai polis itu untuk menjalani pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sumber berkata, ketika berada di balai, anggota polis wanita yang melakukan pemeriksaan rapi terhadap pelakon berkenaan, menemui 53 pil eramin 5 yang dianggarkan seberat 14.74 gram dalam beg tangan miliknya.

“Susulan penemuan itu, kakak kepada dua pelakon popular itu diarah menjalani ujian kencing tetapi saringan awal yang dijalankan mendapati ia negatif dadah.

Pelakon popular yang mempunyai lebih 2.8 juta pengikut di laman sosial Instagram itu, mula terkenal menerusi watak lakonannya dalam filem sulung, Paku Pontianak, pada 2013 serta pernah beraksi dalam drama adaptasi novel, Hero Seorang Cinderella.

Uqasha kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Dadah Berbahaya dan akan dihadapkan ke mahkamah majistret esok untuk proses tahanan reman.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close