no comments

UPDATE : 4 JEMAAH MALAYSIA KINI DISAHKAN MENINGGAL DUNIA. SEORANG DIJUMPAI SELAMAT !

UPDATE : 4 JEMAAH MALAYSIA KINI DISAHKAN MENINGGAL DUNIA

TIGA LAGI JENAZAH JEMAAH INSIDEN KREN TUMBANG DIKENALPASTI DAN SEORANG JEMAAH HAJI TELAH DIKESAN

Setakat ini, seramai empat jemaah haji Malaysia disahkan terkorban dalam kejadian runtuhan kren di Masjidil Haram, Makkah pada Jumaat lalu. 

“Ketiga-tiga mereka disahkan oleh waris dan keluarga yang bersama-sama di Tanah Sudi di rumah mayat” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada sidang media di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya pada lewat malam tadi.

Terdahulu, Rusiah Suar, 56, dari Sungai, Perak dikenal pasti sebagai jemaah Malaysia yang pertama terkorban dalam insiden itu.

Secara umumnya proses pengecaman yang dilakukan adalah melalui:

i. Pengecaman jenazah berdasarkan paparan gambar serta barangan pengenalan jenazah di rumah mayat. Jemaah Haji Malaysia telah dibekalkan dengan beberapa tanda pengenalan diri seperti buku rekod kesihatan, pas dan gelang. Tanda pengenalan ini memudah dan mempercepatkan segala usaha pencarian dan pengecaman dilakukan.

ii. Setelah identiti disahkan, jenazah tersebut dilaporkan kepada pihak Muassasah untuk proses pengebumian.

Pada jam 6.00 petang (waktu Saudi), TH telah mengenalpasti tiga lagi jenazah iaitu:

1- SITI NUROSHLIZAN ZOLKIFLI
37 THN, KT49
MAKTAB 90 AL WAFIDEEN
TANAH MERAH, KELANTAN

2-  ROHANA ISMAIL
54 THN, KT49
MAKTAB 90 AL WAFIDEEN
KUALA KRAI, KELANTAN

3- MUNAH JUSOH
73 THN, KT49
MAKTAB 90 AL WAFIDEEN
CHERANG RUKU, KELANTAN


Ketiga-tiga jenazah telah dikenalpasti oleh waris-waris mereka di Tanah Suci. Kerajaan Arab Saudi menempatkan kesemua jenazah di rumah mayat Muaissem, yang terletak berdekatan dengan Mina, Makkah.

Pada masa yang sama TH akan terus berusaha sedaya upaya untuk terus mencari mangsa-mangsa di hospital-hospital berdekatan serta memastikan segala proses-proses pengecaman diselesaikan secepat mungkin.

Manakala seorang jemaah haji ABDUL MULUK ISHAK,71 tahun dari Pantai Remis, Perak telah berjaya ditemui dan berada dalam keadaan sihat dan selamat. Kini, pihak TH di Mekah sedang mengesan 3 lagi jemaah Malaysia yang masih hilang.

TH akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close