Tak Sanggup Tengok, Pemuda Ni Borong Semua Keropok Jualan Budak Lelaki, Sedihnya Kira Pakai Kalkulator Pun Tak Pandai

Ketika budak-budak lain sibuk menjalankan aktiviti persekolahan dan bermain dengan rakan-rakan, ada budak lain yang tidak senasib dengan kebanyakan budak yang bersekolah, malah terpaksa mengorbankan usia mudanya dengan berniaga di tepi kaki lima.

Seperti yang telah dikongsikan di laman Tiktok ini, seorang pemuda pada mulanya terjumpa seorang budak lelaki yang menjual keropok di hadapan sebuah kedai serbaneka, kedai itu terletak di Pekan Menggatal Kota Kinabalu Sabah.

Apa yang lebih mengayat hati, budak lelaki tersebut dilihat tertidur sementara menunggu pelanggan lalu lalang di kaki lima itu, cuaca pula sedang hujan lebat beserta guruh sabung menyabung.

“Tadi saya just jalan-jalan sambil nak beli barang, hujan agak kuat dan siap ada ribut petir lagi.


“Saya ternampak seorang budak ni menjual di kaki lima, nampaknya macam dah penat sangat dan duduk di depan 7 eleven.

“Saya mula menghampirinya, bila dia sedar dia cerita memang dia menjual keropok setiap hari mengikut pakciknya. tulis pemuda itu dengan menggunakan akaun Tiktoknya @lopez.budak.baik

Selepas menghampirnya, budak lelaki itu memperkenalkan namanya sebagai Mamat dan menetap di Sepanggar, lebih kurang jarak 7 kilometer dari Menggatal.

Disebabkan rasa simpati dan mahu memudahkan urusan budak itu berniaga, pemuda berkenaan mengambil keputusan untuk membeli semua keropok goreng yang dijual Mamat.

Oleh kerana Pemuda itu membeli dalam jumlah yang sangat banyak, Mamat yang tidak bersekolah itu tanpa rasa malu mengakui bahawa dirinya tidak tahu bagaimana untuk mengira harga kesemua keropok yang dijualnya.

Lebih sebak, Mamat juga mengakui tidak tahu menggunakan kalkulator yang terdapat di telefon bimbitnya.

Muatnaik video berkenaan dapat dilihat suasana ketika itu sedang hujan lebat dan keadaan budak lelaki itu sungguh menyedihkan.

“Dia tidak bersekolah, hanya boleh membaca sedikit-sedikit, selepas tengok dia, saya decide untuk membeli semua keropoknya.

“Dia pun tak pandai tekan kalkulator , akhirnya saya yang kira sendiri, kongsi pemuda itu lagi.

Selepas membuat kira-kira, semua 21 bungkus keropok itu berjumlah RM51.

Selain membayar harga keropok yang dibeli borong itu, pemuda itu turut memberikan wang tambahan sebanyak RM10 untuk Mamat membeli makanan, kerana sudah pasti wang jualan RM51 itu mungkin belum tolak modalnya lagi dan mungkin perlu dikira terlebih dahulu dengan pakciknya. Wang RM10 ini bolehlah Mamat beli makanannya sendiri.

Pemuda itu memberitahu, turut suka dengan cara budak lelaki itu berbicara, cakap dengan penuh ikhlas dan jujur memberitahu dirinya tidak bersekolah.

“Orang yang berniaga ni tentu tahu bagaimana rasanya bila semua jualan hari itu habis terjual, pasti gembira tidak terkata, katanya lagi.

Perkongsian pemuda itu meraih respon positif dari netizen sehinggakan video berkenaan telah tular dan mendapat lebih 2.7 juta tontonan di laman Tiktok.

Berikut adalah video yang telah tular tersebut:

@lopez.budak.baik tak perlu tunggu kaya untuk berkongsi rezeki.. Semoga adik mamat akan lebih sukses dimasa hadapan ya😇.. maaf sebab tak banyak🥺.. sy hanya orang sederhana.. #berkongsirezeki ♬ Sad and lonely – MoppySound

Bukan itu sahaja, video berkenaan turut mendapat 163,000 tanda suka dengan kebanjiran 9,000 komen yang rata-ratanya mengucapkan terima kasih kepada pemuda berkenaan yang sudi meringakan beban budak lelaki bernama Mamat itu. Pertolongan pemuda berkenaan pasti akan menggembirakan Mamat pada hari itu.

Berikut antara komen yang diberikan:

‘Terima kasih bro, pada adik hensem akak doakan kamu berjaya di dunia dan akhirat, suka sangat tengok adab dia bila berbicara, ikhlas saja cakap tak sekolah”

Sedihnya tengok anak-anak seperti ini, terpaksa menolong keluarga menjual, semoga Allah pelihara anak ini.

“Alangkah indahnya dunia apabila ada insan yang mempunyai hati suci yang ikhlas membantu penjual kecil seperti budak ini, supaya mereka lebih bersemangat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top