no comments

Suspek Bakar Tahfiz Dibawa Ke Lokasi, Tapi Reaksinya Buat Orang Makin Geram!

Pada petang semalam, kesemua suspek yang membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah iaitu seramai (7 orang) dibawa menaiki tiga kenderaan pacuan empat roda oleh pihak polis ke lokasi kejadian.

Namun, reaksi yang ditunjukkan oleh tujuh suspek remaja pembunuh itu buat orang ramai makin bertambah geram.

Kesemua suspek dilihat tidak menunjukkan riak wajah sedih ketika disoal oleh polis dan diarah melakonkan semula perbuatan mereka selepas dibawa ke pusat tahfiz itu.

Menurut saksi yang melihat jelas situasi tersebut, tujuh suspek terbabit seperti tiada perasaan.

Katanya, semua suspek memakai penutup mulut dan diiringi polis memasuki beberapa bahagian bangunan pusat tahfiz serta persekitaran luar bangunan.

“Kira-kira satu jam setengah, mereka selesai dibawa ke kawasan-kawasan tertentu untuk melakonkan semula pergerakan mereka ketika mahu membakar pusat tahfiz itu. Kemudian, mereka dikumpulkan dan duduk di satu tempat sebelum disoal polis.

“Ketika itu saya dapat lihat wajah mereka, nampak seperti tiada apa yang berlaku dan tidak menunjukkan reaksi insaf walaupun sudah melakukan satu jenayah terancang yang menggemparkan negara,” kata saksi.

Menurutnya, kawalan polis di tempat kejadian pada hari ini adalah yang paling ketat.

Terdahulu, tujuh suspek yang membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung dibawa ke lokasi kejadian dipercayai bagi melakonkan semula bagaimana mereka membakar pusat tahfiz itu dari 2.40 petang hingga 4.45 petang, semalam.

Mereka dibawa masuk melalui pintu belakang sebelum seorang daripada mereka dibawa ke kawasan taman tasik yang terletak di belakang pusat tahfiz.

Kawasan sekitar pusat tahfiz itu dikawal ketat oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur sehingga kaunter sumbangan di hadapan pusat tahfiz berkenaan terpaksa ditutup buat sementara.

UPDATE HARI INI:

Pasukan penyelam Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mencari bahan bukti di dalam Tasik Datuk Keramat bagi membantu melengkapkan siasatan kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat.

Lapor BHarian, polis mula menutup kawasan sekitar Taman Tasik Datuk Keramat kira-kira pada jam 9.40 pagi.

Kemudian Unit Forensik dan Pasukan Penyelam PDRM tiba pada jam 10.30 pagi membawa bersama peralatan untuk melakukan selaman.

Empat anggota penyelam PDRM kemudian melakukan selaman dan menurut sumber, mereka mencari satu unit pemutar skru dan satu lagi bahan yang dapat membantu melengkapkan siasatan.

“Kita cuba nak cari satu pemutar skru dan satu lagi barang bukti.

“Keadaan air tasik yang agak keruh ini mungkin menyukarkan kerja kita, bagaimanapun pencarian akan tetap berjalan,” katanya.

Kawalan keselamatan terus diperketatkan dengan polis menghalang pihak media dan orang awam daripada menghampiri kawasan tasik dan bangunan pusat tahfiz.

HMetro, BHarian

No Responses

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close