no comments

Senarai Identiti 6 Mangsa Yang Terkorban Dalam Kebakaran HSA

senarai-mangsa-kebakaran-hospital-sultanah-aminah-johor

Senarai Identiti 6 Mangsa Yang Terkorban Dalam Kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA)

Memetik laporan Hmetro, berikut adalah senarai nama pesakit yang terbunuh dalam tragedi kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU), Tingkat Dua, Hospital Sultanah Aminah, hari ini.

Senarai nama empat wanita dan dua lelaki yang terkorban itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat. Seorang melayu, dua cina dan tiga berbangsa india.

1. K. Logeswaran, 20.

2. Choo Lin Fung, 37.

3. Tow Ah Wah, 60.

4. Yusuf Hasan, 53.

5. M Kaliama, 23.

6. C Neeramala Devi, 24.

senarai-mangsa-terkorban-kebakaran-hospital-hsa-johor

Tujuh orang pesakit sedang menerima rawatan di wad ICU berkenaan. Hanya seorang daripadanya iaitu Suppamah (lelaki) berjaya diselamatkan. Manakala kakitangan HSA, Nurul Ain mengalami kecederaan serius. Lapan kakitangan yang berada di wad berkenaan, tiga telah terhidu asap.

Ketika kejadian, seramai 294 pesakit dan 193 kakitangan HSA dilapor berada di dalam bangunan sama.

 

 

1

mangsa-maut-icu-hospital-sultanah-aminah-hsa-terbakar-johor

Jenazah mangsa kebakaran Yusof Hassan di tuntut ahli keluarga di Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan di bawa ke tanah Perkuburan Islam Kampung Separap, Batu Pahat untuk dikebumikan.

 

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close