Sejak Staf Baru Masuk, Aku Jadi Tak Tenang,Berdebar. Aku Berhenti Kerja Arkitek Jadi Pembantu Kedai
Dulu aku ni kerja hebat. Setiap hari aku boleh buat deal dengan gaji sampai 5 angka sebulan. Tapi sekarang, aku dah pindah kampung dan kerja jadi pembantu kedai runcit je dengan gaji bawah dari gaji minimum. Allah dah tarik nikmat aku sebelum ni.
Salam semua, nama aku Min, berumur lewat 20-an. Aku ni dulu bekas arkitek di sebuah firma kat KL. Aku berkongsi pengalaman disini disebabkan au masih lagi tak jumpa jawapan yang menjadi persoalan dalam situasi masalah aku ni.
Sebenarnya terlalu banyak persoalan dan aku akan tanya soalan ini di akhir luahan ini. Sesuai dengan tajuk luahan, itulah soalan pertama. Aku pun tahu, doa ini tidak boleh ‘ditutup atau terhapus melainkan kita bertaubat kepada Allah.
Jadi bermulalah kisah aku yang membuatkan aku mula hilang arah dalam kehidupan. Ianya bermula bila aku telah mengenali seorang wanita bernama Dy. Seorang wanita yang biasa sahaja, tapi dia ada daya tarikan di mata aku.
Dy ni adalah seorang arkitek baru di firma aku, kira junior aku lah. Baru sahaja bekerja selepas graduate dari universiti awam. Setelah memulakan kerja bersama dalam tempoh 5 bulan macam tu, Dy mula menunjukkan minat kepada aku.
Dy selalu contact aku di luar waktu kerja dan bertanyakan perkara yang langsung takde kaitan dengan kerja. Dari situ aku pun mula tertarik juga dengan Dy, aku tertarik sebab skill dia memujuk dan menggoda membuatkan aku terus jatuh cinta pada Dy.
Aku pun dah lama membujang, dan pada ketika itu, inilah masa terbaik untuk aku menamatkan zaman bujang aku, eloklah kiranya aku membalas cinta Dy ni. Jadi selepas kami menjadi pasangan couple, kami banyak meluangkan masa bersama-sama.
Pergi dating, minum kopi masa kerja bersama. Di sinilah hidup aku mula berubah. Oleh kerana rasa cinta yang membuak-buak, akhirnya aku terlanjur dengan Dy. Aku baru sahaja berkenalan dengan Dy 5 bulan tapi sudah mengakhiri dengan satu dosa yang amat besar sekali.
Selepas kejadian itu, aku mula merasakan sesuatu yang telah merubah hidup aku. Selama ni aku hidup tenang aje, walaupun berseorangan. Biasanya aku kusut kalau perlu siapkan projek clients je, tapi selepas situasi aku dah terlanjur ni, aku boleh dapat rasa jiwa aku memberitahu ‘this is not right’, selalu kusut kepala.
Hati dan jiwa aku terus berubah, selalu rasa berdebar, masa tidur aku dah jadi tak menentu. Aku asyik fikir kejadian tu, itulah kali pertama aku terlanjur dengan seorang wanita. Dia adalah orang yang aku sayangi dan cintai. Aku mahu jadikan Dy sebagai isteri tapi segalanya musnah kerana nafsu yang menguasai kami.
Bila benda ni dah jadi, jujur aku sangat menyesal, aku istikharah dan mohon petunjuk dari Allah. Setiap kali selepas solat, tak pernah aku lupa untuk berdoa supaya Allah mengampunkan dosa aku dan Dy. Akhirnya aku buat keputusan untuk memperisterikan Dy.
Aku pun jumpa Dy dan bagitahu aku nak kahwin dengannya, aku taknak lah hubungan ini menjadi sia-sia dan terus menerus melakukan dosa. Tapi satu lagi tamparan hebat dalam ujian ini bila Dy cakap taknak kahwin dengan aku.
Padahal sebelum ini, kami asyik cakap pasal kahwin je. Alasan Dy sebab masih tak stabil, dia nak jadi seorang indipendent women. Dalam 2 3 tahun lagi baru dia cakap nak kahwin. Aku jadi makin kusut, terpaku, dah buntu. Hati aku jadi makin resah dan masih tak keruan.
Aku memang sayangkan dia, dia pun sayang aku, tapi kenapa dia menolak cinta dari aku? Dy dah mula berubah dan mula menjauhi aku. Aku mula dilayan macam orang asing baginya. Aku masih lagi tak berhenti resah memangjang.
Tak tenang, selalu berdebar sehingga aku tak dapat tidur tengah malam. Mungkin inilah balasan yang aku terima dari Allah atas perbuatan aku sebelum ini. Jujur aku cakap, aku rasa macam nak buang hati dari dalam diri ni, aku taknak rasa hati yang tak tenang macam ni.
Rasa tak tenang ni mula menguasai diri aku, aku jadi dah hilang fokus kat kerja, apatahlagi aku pula perlu bekerja dengan Dy. Aku masih terbayang segalanya bila aku bekerja dengannya. Hari aku makin celaru, dah mula tak tentu arah.
Akhirnya aku buat keputusan untuk resign sebab tak tahan, aku tak boleh lagi bekerja dalam keadaan macam ni, hari demi hari semakin memakan diri aku. Sangat tidak tenang. Dy pula seolah-olah melupakan aku selepas aku berhenti kerja dekat firma tu.
Dy cakap nak putus dan anggap aku sebagai kawan sahaja. Mana mungkin aku boleh lupakan dia. Aku cuba nak lupakan dia, block wasap, tapi tak semudah tu. Hati aku masih meronta-ronta.
Benda ni betul-betul menjadi azab kecil yang Allah beri pada aku. Pada masa yang sama , hadir pula seorang wanita lain dalam hidup aku, namanya Mira, kawan masa universiti dulu, kami dah lama kenal cuma hanya berkenalan sebagai ex-classmates.
Dipendekkan cerita Mira meluahkan perasaan kepada aku, aku jadi serba salah, mungkin kehadiran Mira ini sebagai cara untuk aku lupakan Dy, Tapi hari aku tak boleh tipu diri sendiri, aku merasa buat sesuatu yang salah kepada Mira, aku ni pernah terlanjur dan berzina.
Aku rasa diri ini tak layak untuk wanita sebaik Mira. Aku sudah pun berdoa , aku buat istikharah, aku sudah meninggalkan Dy seperti yang Dy nak, aku pun dah berhenti kerja, tinggalkan ibu kota, segala-galanya aku tinggal untuk mencari ketenangan seperti dulu.
Tapi masih tak berjaya, apa yang aku harus aku lakukan ya Allah?
Selepas aku berhenti dari firma itu, ada juga aku contact kawan lain yang masih bekerja dengan Dy, aku minta diorang siasat Dy ni orangnya macam mana, bila kawan aku cakap takde jumpa maklumat Ig dan FB, aku dapat tahu yang Dy ni seorang yang sangat menjaga privasi.
Selepas disiasat secara mendalam, barulah aku tahu rupaya Dy ni seorang yang agak bebas, pakaian yang dipakainya di tempat kerja, tak sama dengan dekat luar, dia seorang yang suka bersosial setiap minggu. Masa aku kenal dengan dia sebelum ni pun aku tak pernah pun tanya dia pasal sosial media dia ke apa. Aku bukan nak mengaibkan Dy tapi agak terkejut juga sebab Dy yang aku kenal hanya berpakaian biasa dengan cara ‘old school fashion’.
Mungkinkah aku ni terlalu naif dan lurus, macam macam andaian jahat mula bermain difikiran aku fikir pasal Dy, tapi aku harap andaian aku ini tidak benar belaka.
Kisah aku dengan Mira pula, Mira dah mula luahkan perasaanya dekat aku, aku tak mahu buat Mira sedih dengan menjadikan aku suami lelaki seorang penzina. Aku rasa aku perlu luahkan juga cerita ini pada Mira. Walaupun sepatutnya kita tak perlu buka aib kita.
Tapi aku tak boleh, aku jadi tak tenang, sampailah satu masa yang sesuai kami berborak panjang, aku ceritakan kisah aku dengan Dy dan mula bercerita aku telah melakukan perkara jijik itu dengan Dy. Mira hanya mendengar dan mukanya mula tertunduk.
Selepas aku cerita semua perkara sebenar, Mira pergi meninggalkan aku pada hari itu, boleh nampak dia pergi dalam keadaan sedih dan menangis.
Sampailah hari ini, Mira takde lagi contact aku. Aku pun rasa aku tak layak untuk Mira, dia terlalu baik untuk aku. Kalau Mira ada baca luahan ini, aku minta maaf kepadamu Mira kerana membuka aib aku sendiri.
Tidak mengapalah, yang penting aku ingin mencari ketenangan, sebenarnya selepas kejadian jijik aku dengan Dy, aku dapat rasakan kesan tak baik akibat pɛrzinaan. Nikmat rezeki aku disekat, dulu aku boleh dapat gaji sampai 5 angka, sekarang aku hanya bekerja pembantu kedai runcit dengan gaji bawah paras gaji minimum.
Mungkin ini pengajaran yang aku kena hadap, tapi tak mengapalah, kedai runcit ini pun bersebelahan dengan Masjid, jadi aku boleh baiki diri aku dengan berjemaah 5 waktu disini. Aku bermuhasabah diri, semoga Allah menerima taubat aku.