no comments

Reaksi Mengejutkan Datuk Suspek Selepas Diberitahu Cucunya Terlibat Dalam Pembunuhan

Datuk kepada salah seorang daripada tujuh suspek yang ditahan polis dalam kes bakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terkejut dan sebak apabila mendapat tahu cucunya terlibat dalam kes pembunuhan kejam itu..

Cucunya yang baru berusia 15 tahun ditangkap polis selepas disyaki terlibat dalam kes kebakaran mengorbankan 23 nyawa.

Amrun Baksu, 55, yang bekerja sebagai penjaga tandas di tasik yang terletak di belakang pusat tahfiz yang dibakar itu berkata, cucunya itu seorang yang baik tapi disebabkan oleh pengaruh kawan-kawan menyebabkannya terjebak dalam gejala sosial.

“Itu anak (cucu) dia memang baik tapi disebabkan pengaruh kawan (masalah sosial).

“Kawan dia terlalu kuat (pengaruh),” katanya semasa ditemui.

Wartawan menunjukkan gambar suspek yang juga cucunya, Amrun dilihat sedih dan terkedu sebaik melihat gambar yang dikeluarkan oleh polis semalam.

Cucunya itu tidak bersekolah, ibu bapanya sudah bercerai dan menghabiskan banyak masa melepak dengan kawan-kawan.

Menurut beliau, emak suspek bekerja sebagai pencuci.

Terdahulu, seorang pengawal keselamatan yang ditemui memberitahu salah seorang suspek mempunyai datuk yang bekerja sebagai penjaga tandas.

Polis semalam mengesahkan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar awal pagi Khamis lalu berpunca daripada tindakan khianat susulan tangkapan ketujuh-tujuh suspek.

Ketujuh-tujuh yang ditangkap telah dibawa ke mahkamah dan direman selama tujuh hari dari 16 hingga 22 September.

Hasil ujian air kencing menunjukkan enam daripada suspek positif ganja dan dipercayai khayal semasa melakukan perbuatan tersebut.

MalaysiaGazette

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close