no comments

Perang Syria: Regim Bashar Makin Kejam! Serang Bom Kimia Korbankan Hampir 100 Nyawa

 

Perang Syria: Regim Bashar Makin Kejam! Serang Bom Kimia Korbankan Hampir 100 Nyawa

Hampir 100 nyawa terkorban termasuk kanak-kanak, dalam serangan bom kimia yang dilepaskan beberapa jet pejuang di barat laut Syria.

Semua bukti menunjukkan regim Bashar al-Assad, bertanggungjawab melakukan serangan senjata kimia dipercayai gas sarin menyebabkan 72 maut dengan 20 daripadanya kanak-kanak di Idlib, bandar dikuasai pejuang pembebasan,semalam.

AFP melaporkan, Setiausaha Luar Britain, Boris Johnson, berkata: “Semua bukti yang saya tengok menunjukkan regim Assad menggunakan senjata ini yang diharamkan terhadap rakyatnya sendiri.

Menurut Johnson yang tiba di sini untuk persidangan mengenai bantuan kepada Syria, serangan itu menunjukkan apa yang bakal berlaku jika regim Assad menguasai Syria sepenuhnya nanti.

Persidangan di Brussels anjuran Kesatuan Eropah (EU) dan PBB merancang mengumpul dana AS$11 bilion untuk program kemanusiaan di Syria.

Doktor yang merawat mangsa di hospital sementara di Idlib menyatakan puluhan mangsa dari Khan Sheikhoun menunjukkan tanda keracunan gas sarin, termasuk mulut berbuih, kesukaran bernafas dan lumpuh anggota badan.

Aktivis pembangkang Syria mendakwa serangan senjata kimia itu ketika satu serangan udara yang dilakukan sama ada oleh pesawat sama ada milik regim Assad atau Russia yang menyokong Assad.

Russia bagaimanapun, mendakwa tiada pesawatnya melakukan serangan udara di kawasan berkenaan.

Kira-kira 400 lagi terdedah kepada gas sarin akibat serangan itu dan selain kanak-kanak, turut maut termasuk 17 wanita.

Hmetro, mStar Online

 

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close