no comments

PEMBUNUH Noor Amila Edrus Dibicara.. Bakal Ke Tali Gantung

Hukum-gantung-mati

PEMBUNUH Noor Amila Edrus Dibicara.. Bakal Ke Tali Gantung

Suspek yang juga abang ipar tiri mangsa dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh kanak-kanak lelaki, Noor Amila Edrus Norsyam, lima tahun yang mayatnya ditemui di kawasan semak Kampung Kemensah, Hulu Kelang, Khamis lepas.

Norhamid Nor Muhamad, 26, didakwa membunuh Noor Amila Edrus, di dalam sebuah bengkel kereta tidak bernombor di Blok C, Lorong 5/16C, kawasan perumahan awam, Jinjang Utara, Sentul, di sini pada 5.30 pagi, 12 Ogos lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zuhair Rosli dan tiada pengakuan direkodkan.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Muhamad Sapri Yaakub manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Keluarga tertuduh turut hadir di mahkamah. Mahkamah menetapkan 25 Oktober depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.

Noor Amila Edrus dilaporkan hilang di Jinjang Utara pada 11 Ogos sebelum mayatnya ditemui di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang pada 12.30 tengah hari 18 Ogos lepas.

Semasa kanak-kanak lelaki itu dilaporkan hilang, kes itu mulanya disiasat sebagai kes orang hilang sebelum bertukar menjadi kes culik mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan selepas suspek ditahan.

Namun setelah mayat mangsa ditemui, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan membunuh. – FMT

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close