no comments

Letupan Tangki Stesen Minyak Di Johor Ragut Nyawa Seorang Kontraktor

tangki-stesen-minyak-petronas-meletup

Letupan Tangki Stesen Minyak Di Johor Ragut Nyawa Seorang Kontraktor

JOHOR: Seorang kontraktor pembaikan pam tangki NGV maut dalam kejadian letupan dipercayai berpunca daripada tangki gas asli untuk kenderaan (NGV) di sebuah stesen minyak Petronas di Taman Mount Austin, di sini, petang Selasa.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Johor Bahru Lt (PA) Mohd Aziz Jupri berkata mangsa, Mohd Faizal Mazlan, 33, pekerja stesen minyak berkenaan dipercayai berada berhampiran dengan tangki berkenaan ketika ia meletup.

Beliau berkata panggilan kecemasan diterima pada pukul 3.01 petang dan seramai 13 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) beserta sebuah ambulans, sebuah Toyota Hilux dan dua motor dikejarkan di tempat kejadian.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Penolong Penguasa Bomba, Mohamad Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.55 petang.

“Lima anggota diketuai pegawai operasi Syed Nasir Syed Abu Bakar dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya bergegas ke lokasi kejadian dengan bantuan enam anggota dari BBP Tebrau dan empat anggota BBP Pasir Gudang.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada 3.09 petang dan mendapati berlaku kebakaran membabitkan pam NGV dan terdapat seorang mangsa maut,” katanya.

“Belum dapat dipastikan lagi punca sebenar, masih dalam siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Kita dapati tangki NGV meletup,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

Dalam kejadian 2.40 petang itu, mangsa, Mohd Faizal Mazlan, 33 tahun, yang bertugas sebagai kontraktor Petronas Dagangan Berhad, PDB dikatakan berada berhampiran dengan tangki itu ketika ia meletup. Mangsa maut di tempat kejadian.

Mayat mangsa dibawa oleh pihak polis ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat.

 

tangki-stesen-minyak-petronas-meletup-johor

tangki-stesen-minyak-petronas-meletup-taman-mount-austin-johor

tangki-stesen-minyak-petronas-meletup-taman-mount-austin-johor

 

3

7

5

5

8

2

22

4

1

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close