no comments

Kes Cabul, Konspirasi Budak 10 Tahun Bagi Membunuh Karektor Ustaz Kazim?

Maahad Tahfiz Darul BarakahKes Cabul, Konspirasi Budak 10 Tahun Bagi Membunuh Karektor Ustaz Kazim?

Beberapa jam lepas telah menjadi viral di laman sosial dengan satu kes pencabulan s3ksual luar tabii di sekolah Maahad Tahfiz Darul Barakah. Maahad Tahfiz Darul Barakah adalah sekolah agama milik pendakwah terkenal Datuk Ustaz Kazim Elias.

Susulan viralnya kes itu, pemilik Maahad Tahfiz Darul Barakah tampil memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.

Datuk Kazim Elias menafikan berlaku pencabulan s3ksual dalam kalangan pelajarnya seperti yang viral di media sosial.

Siasatan dalaman pihaknya turut mendapati tiada sebarang kejadian seperti yang didakwa.

Katanya Maahad Tahfiz Darul Barakah dilengkapi dengan kamera litar tertutup CCTV di setiap kawasan dan peluang untuk kejadian seumpana berlaku itu hampir tiada.

“Kita sendiri ada pemantau di kalangan pelajar yang kita pilih untuk melihat, memerhati. Respon daripada sekolah, tahfiz kita ini sejak 2009 sampai sekarang 2016 tidak ada kejadian yang macam itu. Kemudian kalau ada pelajar-pelajar yang katakan ia berlaku, dibawa keluar (buktikan). Saya rasa tidak ada pelajar yang sebegitu melainkan mungkin ada orang tidak puas hati,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya menjadi hak setiap individu untuk membuat laporan, namun beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Datuk Kazim pada masa sama turut mengingatkan netizen agar tidak menviralkan cerita berkenaan tanpa usul periksa kerana ia boleh menjejaskan pelajar itu sendiri.

Polis Perak sudah menjalankan siasatan berhubung dakwaan pencabulan s3ksual di sebuah sekolah Maahad Tahfiz Darul Barakah di Ipoh yang dimiliki seorang penceramah bebas terkemuka.

Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, setakat ini 10 individu sudah dipanggil  untuk memberi keterangan termasuk pelajar, pengadu dan pengurusan maahad tahfiz berkenaan.

“Saya menyatakan di sini memang ada laporan dibuat.  Pihak polis sedang menjalankan siasatan dan sepuluh statement ataupun rakaman percakapan telah pun dibuat dan pihak polis akan teruskan siasatan itu yang saya dapat bagi tahu dan kita akan lengkapkan secepat mungkin,” katanya pada Majlis Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Polis Diraja Malaysia Negeri Perak di ibu pejabat Kontinjen Polis Perak di Ipoh pada Rabu.

Antara komen-komen yang diterima di facebook adalah….

Ya betul… fitnah dan tidak benar.
DUKE dan Al-Barakah difitnah dek bapa yang tak puas hati sebab anak dia dibuang kes disiplin. Bila dah dibuang sebab disiplin….

Pihak Al-Barakah memang takkan terima rayuan pelajar untuk masuk semula. Masa kes ni baru kecoh…saya tengah daftarkan anak sedara.

Pihak pengurusan dah beri penjelasan kepada ibubapa yang mendaftar pada hari itu. Bapa budak tu bengang dan cucuk ibubapa yang hadir mendaftar….rupanya bapa budak ni tak puas hati lagi….bab disiplin memang pengurusan Al-Barakah tak ada kompromi.

Respek Al-Barakah and DUKE

*Sejauh mana kebenaran hanya Allah sahaja yang tahu. Sama-sama kita doakan supaya orang yang dianiaya selamat dari fitnah dunia ini.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close