no comments

KEPUTUSAN PENUH PIALA MALAYSIA 12 SEPTEMBER 2015


KEPUTUSAN PENUH PIALA MALAYSIA 12 SEPTEMBER 2015

Semalam telah berlangsung aksi pembukaan kempen Piala Malaysia 2015 yang melibat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Perak di Larkin. JDT berjaya menundukkan Perak dengan keputusan 2-0 menerusi jaringan Safee Sali dan S.Chanthuru.

Pada malam ini 12 September 2015, tujuh lagi perlawanan berlangsung merangkumi semua kumpulan bagi melengkapkan jadual saingan pertama kejuaraan ini.

Enam perlawanan daripadanya bermula pada jam 8.45 malam manakala aksi di antara pasukan Lions XII menentang Kedah di Stadium Jalan Besar, Singapura berlangsung pada jam 7.45 malam. Kesemua perlawanan tiada siaran langsung (LIVE) di media prima mahupun RTM.

KEPUTUSAN PENUH PIALA MALAYSIA 12.9.2015 PERLAWANAN PERTAMA

Berikut adalah senarai keputusan perlawanan pertama kempen Piala Malaysia 2015 peringkat kumpulan, yang dikemaskini secara langsung (Live Streaming) sehingga tamat masa penuh perlawanan.

KUMPULAN A
● Lions XII 11 Kedah
● Terengganu 00 JDT II

KUMPULAN B
● Sarawak 10 ATM

KUMPULAN C
● Selangor 03 Kelantan
● Felda United 30 T-Team

KUMPULAN D
● Pahang 43 PDRM
● Pulau Pinang 03 PKNS FC

Tamat perlawanan. Keempat-empat pasukan dalam kumpulan A, masing-masing berkongsi satu mata apabila keputusan seri dicatatkan. Di Jalan Besar, Lions XII mengikat Kedah 1-1 pada aksi pertembungan pertama kejuaraan ini. Jaringan pembukaan terhasil buat pasukan kedah menerusi rembatan kencang dari pemain import Sandro Mendoca. Namun, seminit selepas itu, Lions XII berjaya menyamai kedudukan apabila bola rembatan Shahdan Sulaiman terkena kaki pertahanan Kedah, yang mengelirukan penjaga gol,

Sementara di Kuala Terengganu, kedudukan antara JDT II dan Terengganu kekal tanpa jaringan hingga tamat perlawanan. Terengganu memiliki peluang di minit-minit teraksi permainan apabila dihadiahkan sepakan penalti.. namun, gagal disempurnakan oleh Gustavo Lopez.

Di Shah Alam pula, Kelantan membuat kejutan apabila mudah menewaskan Selangor selaku tuan rumah dengan keputusan 3-0. Dua gol dijaringkan oleh import Gilmar Da Silva dan satu oleh Iwuji Augustine. Manakala di Selayang, T-Team kepunan selepas dibelasah Felda United dengan jaringan yang sama.. iaitu 3-0.

Sarawak berjaya menundukkan pasukan ATM hasil jaringan tunggal di minit terakhir oleh Joseph Kalang Tie.

Pahang di kedudukan kumpulan D menewaskan pasukan PDRM dengan catatan keputusan 4-3. Azamuddin Akil mencipta hatrick untuk membantu Pahang mengutip 3 mata berharga sambil jaringan keempat oleh Dickson Nwakaeme.

Naib Juara Liga Perdana 2015, Pulau Pinang gagal mendapatkan sebarang mata apabila tersungkur kepada PKNS.

KEDUDUKAN CARTA PIALA MALAYSIA 2015


Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close