1 comments

Kertas Siasatan Tak Lengkap! ‘Bahan Bukti’ Dalam Tasik Tak Jumpa…

Selepas lebih tiga jam menyelam mencari bahan bukti di dalam Tasik Datuk Keramat di Kuala Lumpur, pasukan penyelam polis menghentikan operasi pencarian kira-kira 1.40 tengah hari tadi.

Operasi pencarian ditamatkan selepas pasukan penyelam Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menemui sebarang objek pemutar skru dan beberapa lagi peralatan lain yang dibuang ke dalam tasik oleh suspek. Objek itu boleh dijadikan ‘bahan bukti’ berkaitan insiden pembakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

“Keadaan air yang keruh menyukarkan lagi pencarian ini.”

“Pemutar skru itu dipercayai digunakan suspek bagi memasuki premis berkenaan. Bahan bukti ini penting bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya ketika ditemui Bernama.

Empat anggota penyelam melakukan caraian ke dasar tasik kira-kira 10 meter dari tebing tasik berkenaan. Selain pasukan penyelam, gerakan itu turut disertai Unit Forensik PDRM.

Pasukan penyelam itu dikerahkan ke taman tasik yang terletak di belakang Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung sejak 10.30 pagi tadi.

 

Pusat tahfiz itu dibakar pada awal pagi 14 September lalu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru yang juga warden akibat terperangkap di asrama di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat.

Kenderaan yang membawa pasukan berkenaan meninggalkan taman tasik itu pada pukul 2 petang.

Semalam, polis membawa ketujuh-tujuh remaja berumur antara 11 dan 18 tahun yang ditahan berkaitan kes kebakaran itu ke lokasi kejadian bagi menunjukkan lakonan semula jenayah terancang tersebut.

Pada Jumaat lepas, tempoh reman tujuh remaja itu disambung tujuh hari lagi sehingga 29 Sept bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api.

Bernama

One Response

  1. rentas

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close