no comments

SAH! Kematian 2 Anggota TLDM Adalah Angkara BUNUH! 3 Suspek Telah Ditangkap!

Dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meninggal dunia selepas menjalani latihan fizikal di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan , Jumaat lalu dipercayai didera.

Polis awal pagi ini mengumumkan ia mengklasifikasikan semula siasatan kes kematian dalam tahanan dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada kematian mengejut kepada kes bunuh.

Ia berikutan laporan bedah siasat kedua-dua mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini mendapati terdapat kecederaan dalaman pada tubuh mereka, dipercayai akibat penderaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Perak, Datuk Gan Tian Kee, berkata hasil bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa yang ditahan di bilik tahanan Unit Komunikasi TLDM Sungai Wangi, Sitiawan, dipercayai berlaku penderaan yang mendatangkan kecederaan.

“Hasil bedah siasat terhadap mangsa pertama (Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28) pada jam 3.30 petang hingga 7 malam mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

“Bedah siasat terhadap mangsa kedua (Muhammad Lailatulman Mohd Sukri,26) pada jam 9 malam hingga 11.50 malam mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Tian Kee berkata, daripada penemuan itu polis menahan tiga suspek lelaki berusia antara 29 hingga 44 tahun pada 9.30 malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

“Ketiga-tiga suspek bertugas pada jam 10 pagi hingga 10 malam kelmarin.

“Polis turut merakam kenyataan 11 pengawal yang bertugas di bilik tahanan berkenaan serta merampas set litar rakaman kamera litar tertutup (CCTV), tujuh T baton, buku log bertugas dan beberapa telefon bimbit,” katanya.

Beliau berkata, penahanan reman terhadap ketiga-tiga suspek akan dipohon di Mahkamah Majistret Seri Manjung, semalam.

TLDM dalam kenyataannya semalam, menyatakan Nik Muhammad Baihaqy dan Muhammad Lailal Tuiman meninggal dunia di bilik tahanan itu ketika menjalani latihan fizikal di kem berkenaan semalam.

Ketika menjalani latihan itu, kedua-dua anggota berkenaan mengadu kepenatan dan direhatkan sebelum mengalami muntah dan sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang tiba pada 3.15 petang.

Jenazah Allahyarham Nik Muhammad Baihaqy telah selamat dikebumikan secara istiadat tentera pada jam 5.50 pagi tadi di Kota Bharu,Kelantan.

Sementara itu,keluarga mangsa mahukan penjelasan dalam kes ini dan sudah melantik peguam untuk pembelaan.

BHarian

Ketiga-tiga suspek berusia 29, 37 dan 44 tahun yang memakai pakaian lokap warna jingga dibawa ke mahkamah menaiki kenderaan polis dan tiba pada 8.45 pagi ini.

 

Mereka kemudian memasuki Mahkamah Majistret pada 9 pagi dan keluar kira-kira 45 minit kemudian.

Majistret Nur Shaqira Ibrahim membenarkan ketiga-tiga suspek terbabit direman selama seminggu sehingga 7 Oktober ini bagi membantu siasatan yang kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hmetro

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close