Aku Gunting Semua Langsir Rumah Pengasuh Tapi Dia ‘Diam’. Satu Hari Ibu Ajak Pergi Shopping Sampai 2 Troli.
Ibu dan ayah aku selalu sibuk sampaikan aku selalu tertidur di rumah pengasuh. Aku ni kira dah macam-macam dah buat dekat rumah pengasuh. Aku pergi gunting semua langsir, aku buat onar dengan hilangkan binatang peliharaan. Tapi yang jadi pelik, pengasuh aku ni tak marah langsung, jentik pun tidak. Sampailah satu hari aku pergi ikut ibu shopping, ibu aku ambil dua troli.
Salam sejahtera pembaca sekalian, kita selalu dengar macam-macam cerita tak best pasal pengasuh, banyak betul yang menceritakan tentang sikap pengasuh, ada yang baik, ada juga yang jaga anak kita sambil lewa. Paling teruk sekali yang sampai buat perkara buruk kepada anak asuhan. Aku pun nak share lah satu cerita pasal pengasuh masa aku kecil dulu.
Disebabkan para pembaca ni ada yang suri rumah dan juga menjadi pengasuh serta ibu bapa yang ada hantar anak ke pengasuh. Apa sahaja tanggapan atau komen aku terima sahaja. Mana yang baik kita jadikanlah teladan, yang tak baik, kita perbaiki untuk kebaikan kita.
Begini kisahnya, aku ni ada 4 orang adik beradik. Abang, kakak dan adik. Aku ni kira anak no.3. Dari kami kecik masa babay lagi ibu aku memang dah hantar ke pengasuh. Pengasuh aku, kami 4 beradik memang panggil keluarga pengasuh ni mak dan ayah.
Pengasuh tu ada anak perempuan, kami biasa panggil akak. So boleh nampak kami punya akrab macam mana sampai boleh panggil keluarga pengasuh dengan panggilan rapat macam tu? Tiap-tiap pagi, sebelum hantar abang dan akak aku pergi sekolah, ibu akan hantar ke rumah pengasuh dulu.
Ibu tak mandikan pun di pagi hari. Memang aku mandi pagi di rumah pengasuh. Itu dah jadi rutin aku setiap pagi, ayah suami pengasuh tu akan bawak aku pergi ke kedai kopi. Kedai tu pun memang banyak jual snack, jajan tora-tora tu.
Aku ni selalu paw jajan tu dengan ayah (suami pengasuh). Balik sahaja dari kedai, aku akan ikut ayah pergi kerja. Ayah ni bekerja sebagai buruh kasar, kerja buat rumah orang. Tapi selalunya waktu tengahari aje aku ikut, bila dah penat main pasir, aku pun mengantuk dan nak balik tidur.
Ayah ni layankan aje la aku setiap tengahari, pergi hantar aku balik semua ke rumah mak (pengasuh). Biasanya sebelum jam 6 petang, ibu dah sampai datang ambik aku. Abang dengan kakak balik naik bas, kadang tu petang jugak baru sampai rumah pengasuh.
Begitulah rutin hidup kami dengan pengasuh, disebabkan aku masa kecil, pengasuh dah tatang aku bagai menatang minyak yang penuh. Sampai pengasuh ni tak bagi sesiapa pun termasuk budak kampung kat situ buli aku. Yang jadi aku pula yang buli diorang.
Aku ni nakal dulu. Ayah pun ada bela kambing, selepas ada kambing, aku jadi taknak dah ikut ayah pergi kerja. Aku berkawan aje la dengan kambing tu. Ayah bagitau kambing tu garang, takut nanti kan dia tendang kang. Aku ni degil tak peduli, pergi usik jugak kambing tu.
Mungkin jugaklah kambing tu tau kot aku ni budak, kambing tu layankan aje aku ni walaupun aku dah perdajal pergi tabur serbuk kunyit dekat dia. Lepas dari tu, ayah jual semua kambing sebab selalu risaukan aku, takutlah tiba-tiba kambing tu naik gila. Kemudian ayah buat pulak kolam ikan, tapi tak sampai beberapa bulan je, ikan semua habis nyawa.
Ayah cerita, aku ni sampai terjun kolam sebab nak mandi sama-sama dengan ikan tu. Aku pulak pergi siksa ikan-ikan tu. Aku memang tak ingat langsung pernah buat benda macam tu dulu. Ada satu hari tu, aku gunting langsir, langsir di rumah pengasuh tu, haishhhh…
Kalau nak bercerita ni memang tak habis la, macam-macam kisah kenakalan aku. Ayah dan mak ni langsung tak marah aku, sebagai pengasuh, jentik pun tak pernah walaupun aku pernah buat benda pelik pelik di rumah pengasuh ni. Walaupun akulah punca haiwan peliharaan takde, buat harta benda merek rosak.
Mereka langsung tak cerita keburukan aku dekat jiran-jirang tapi selalu cakap aku ni anak kesayangan mereka. Disini aku bukannya nak bercerita pasal kenakalan aku tapi nak korang berfikir, kenapa keluarga pengasuh aku ni masih layan aku dengan baik, bila aku dah dewasa, dah mula bersekolah, masa darjah 6, setiap bulan, selepas ibu ambil aku dari mak, ibu selalu akan bawak aku pergi shopping barang dapur.
Sampai 2 troli ibu penuhkan barang dapur, rupanya 1 troli tu adalah barang untuk hantar ke rumah pengasuh. Korang tahu apa yang ibu beli? shampoo, sabun, ayam, daging, udang,ketam, coklat keropok bawang , milo, susu, koko krunch dan segala mak nenek barang dapur samada basah atau kering.
Semua itu ibu aku beli bagi dekat pengasuh, masa ibu aku nak serahkan barang itu, ibu aku akan beri sekali duit upah mengasuh dan ibu akan cakap “ni ada lebih sikit buat belanja kalau nak beli apa-apa ke” aku pun tak pastilah berapa jumlahnya.
So aku berfikir, antara sebab pengasuh langsung tak marah aku, tak jentik sebab ibu aku sendiri buat pengasuh pun macam keluarga sendiri. Mak dan ayah manjakan kami adik beradik dah macam anak sendiri sebab ibu aku pun manjakan mereka macam keluarga sendiri.
Ibu akan bagi apa sahaja, ibu dapat bonus ke kat tempat kerja, pengasuh sekali yang dapat bonus, hari raya puasa, haji memang ibu akan hadiahkan sepasang baju kurung dan baju melayu untuk mak dan ayah termasuk akak anak pengasuh tu.
Begitulah kisahnya , so kepada anda yang mengantar anak ke pengasuh, hargailah pengasuh anda, layan mereka baik-baik seperti keluarga sendiri. InsyaAllah mereka pun akan jaga anak kita dengan sebaiknya seperti anak sendiri. Kepada pengasuh pula, kalau dapat ibu bapa yang baik,hargailah dan jaga anak anak asuhan itu sebaik mungkin. Kalau sebaliknya, berlapanglah dada, ingat ya, dapat pengasuh yang baik pun satu rezeki dan ibu bapa yang baik adalah sebuah rahmat.