no comments

9 Terbunuh Letupan Bom Di Stesen Keretapi St Petersburg Russia

9 Terbunuh Letupan Bom Di Stesen Keretapi St Petersburg, Russia

9 orang awam dilaporkan terbunuh dalam insiden dua letupan bom di stesen kereta api bawah tanah di St Petersburg, Rusia.

Dilaporkan bom berkenaan diletupkan di dalam kereta api yang melalui stesen.

Dua letupan di lokasi berbeza termasuk di stesen Sennaya Ploshchad, mengakibatkan sekurang-kurangnya 50 orang termasuk kanak-kanak cedera.

Letupan pertama dikatakan berlaku di Sennaya Ploshchad diikuti letupan kedua di stesen Sadovaya pada pukul 2.50 petang waktu tempatan.

Menurut RT.com, bahan letupan tersebut adalah bersamaan dengan TNT seberat 200-300 gram.

Presiden Rusia, Vladimir Putin yang turut berada di St Petersburg sempena pertemuan dengan Presiden Belarus mengesahkan terdapat mangsa yang terbunuh dan cedera.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.

Pemimpin itu berkata, pasukan penyiasat sedang meneliti mengenai kemungkinan serangan pengganas.

Seorang saksi memberitahu media Rusia, Life News: “Ramai orang berlumuran darah, rambut mereka terbakar. Kami diberitahu supaya bergerak ke pintu keluar kerana perjalanan kereta api dihentikan. Orang ramai melarikan diri.”

Pengurus stesen kereta api bawah tanah berkata, terdapat laporan bahawa kemungkinan letupan dari peranti letupan yang diletakkan di dalam kereta api.

Pihak pentadbiran kereta api berkata, beberapa stesen di bandar di utara Rusia itu telah ditutup, dan pemindahan mangsa dan penumpang dilakukan. – Mail Online

mStar Online

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close