no comments

2 TERBUNUH & 7 Cedera Dalam Dua Letupan Bom Di Jakarta Timur

2 TERBUNUH Dalam Dua Letupan Bom Di Jakarta Timur

Polis sahkan 2 terbunuh dalam tragedi letupan bom di Terminal Kampung Melayu, Jakarta Timur, Indonesia pada jam 9 malam waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia).

Salah seorang yang terkorban ialah pegawai polis, dan termasuk suspek pengebom bunuh diri

Laporan awal mengatakan dua ledakan yang berselang lima minit itu terjadi di tandas bangunan terminal.

Saksi kejadian melihat terdapat anggota tubuh yang berkecai di lokasi letupan, berdekatan kawasan parkir motosikal.

Sekurang-kurangnya, tujuh orang awam turut cedera dalam kejadian tersebut.

Sementara itu, pihak berkuasa dan ambulans sudah bergegas ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan, memandangkan ramai penduduk kampung cuba mendekati kawasan itu untuk melihat keadaan tersebut.

Berdasarkan kerosakan, letupan itu agak kuat,” katanya Ketua Polis Jakarta Timur, Andry Wibowo.

Portal berita Detik News melaporkan, beberapa mangsa yang cedera sudah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ketika ini, anggota keselamatan bersenjata juga dilihat mula membuat kawalan dan rondaan di sekitar lokasi kejadian.

Letupan itu antara lain menyebabkan terminal bas TransJakarta Kampung Melayu itu musnah teruk, dengan kaca yang berselerakan di sekitar radius ledakan.

Menurut laporan CNN Indonesia, yang memetik kata seorang saksi kejadian, ledakan itu didakwa dilakukan oleh seorang wanita.

Astro Awani

 

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close